kata owner blog!!

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang. assalamualaikum mujahid dan mujahidah Islam yang tidak teragak-agak membela agama. :) semoga content yang ada tidak melalaikan kalian :) tegur yang mana silap, nasihat yang mana salah. MI dalam proses nak berubah. doa-doakan MI. kita SEISLAM, BERSAUDARA, KIBLAT YANG SAMA.. AGUNGKANLAH ISLAM DI PERSADA DUNIA. :) -lil' maisarah is growing up ;')-

Friday, October 14

p / s

perhatian! entry kali ini agak panjang

assalamualaikum..

ehem.. memandangkan aku sudahpun 16 tahun, aku kenalah pilih subjek form 4 ye tak? yang 4 pilihan tu.. aku tak tau nak ambil apa?! RC? EST? ICT? Account? yang akaun tu tak list pun takpa.. memang aku takkan ambil punya! :) haha.. aku tak suka apa-apa yang berkaitan dengan perdagangan


fizik kimia  addmaths wajib.. biologi tu tak.. tpi ckgu kata tak sure lagi tahun depan pelajar SMKSB kena ambil 10 subjek atau dikekalkan dengan 9 subjek... arh sepuluh ka sembilan ka.. bio memang aku kena ambil pun.. aku kan doktor a.k.a doctor.. hihi insyaAllah.. balik pda 4 subjek elektif tu..

reka cipta? memang aku minat sangat2. cikgu Ebi kata subjek ni beban kurang sebab 50% ja dari exam . markah yang lain diambil daripada projek dan folio.. kalau terror reka cipta peluang nak jdi arkitek cerah.. aku suka gak jdi arkitek.. huhu.. tu cita-cita masa aku kecil .. peace!! gaji pun lumayan.. $$$. tu aku mau dengar.. tak dak aih.. jangan fikir aku belajar nak jadi arkitek sebab nak duit pula.. no no no, keyh? sebab minat aku yang mendalam kepada kesenian.. apa yang membantutkan aku untuk pilih rekacipta adalah bukan semua MRSM yang menawarkan subjek ni.. sedeyh lar.. buat MRSM idaman aku tak de.. kena drop subjek tu.. tak nak lah.. aku ingat nanti nak tanya MRSM Taiping pasal ni..

oke
1. berdiri
2.renggangkan badan
3. duduk semula
4. teruskan membaca

english science technology pula... kena banyak tahu pasal dunia luar.. bukan dok terperap dalam rumah hafal buku teks.. by the way, subjek elektif ni tak ada buku teks. jangan pi cari pula kat kedai azfa / arfa.. kalau jumpa tu, aku no comment arh! hahaha. dengar cerita masih dikekalkan bahasa melayu.. tapi rugilah kalau aku ambil subjek ni.. buatnya ditukarkan kepada bahasa inggeris? fikir sendiri keyh? kelebihan EST . kita akan belajar berdasarkan themes.. semua ada 9 themes.. terserah kepada cikgu nak ajar apa.. kan buku teks tak da, tak ada lah silibus.. kan3? pastu dalam subjek ni ada unsur-unsur matapelajaran fizik kimia  dan bio.. boleh buat ulangkaji.. serampang banyak mata!!

ha! menguap dah? tu la.. aku dah kata entry ni panjang lebaq

ICT? kihkih.. tau kan sapa yang mengajar kita wahai pelajar badlishah.. dua2 cikgu tu lawak.. aku takut kalau-kalau aku tak boleh fokus ja bila cikgu hishamudin/ cikgu khairulnizam duk ajar... aku bukan boleh sangat orang duk buat lawak ni. satgi aku gelak sampai habis kelas.. hahaha.. subjek ni dalam bahasa inggeris. insyaAllah aku boleh pi dalam bahasa inggeris.. tapi pasal komputer2 ni aku bukan tau sangat (sebab tu la kena ambil, kak oii) cikgu hishamudin kata susah nak skor pilihan ni.. cikgu kata, badlishah ranking nombor 1 dalam ICT.. arr.. nak percaya ke tak? hahaha.. oke lah, aku percaya! abah dan ibu pun syorkan aku ambil subjek ni.. sebabnya.. kedepan hari ICT  akan menjadi subjek yang sangat penting. aku ingat lagi cikgu zaini pernah kata.. kemungkinan tahun depan akan ada ICT dalam silibus kemahiran hidup bersepadu untuk form 1,2 and 3.. hehehe.. seb bek tahun depan...

akaun aku tak mau cerita panjang. sapa-sapa yang suka akaun, sila buat entry tentang akaun dalam blog anda sendiri yer.. 

jadi aku kena fikir masak-masak sampai hangit pasal ni.. k.. assalamualaikum

dah pi tidoq! ngantuk dah la tu.. :)


kepulunan terselit dicelah entry. hahaha


 perhatian! anda sedang melihat cermin

0 komen:

hey babeh. hehe . thanks for reading . new post : coming soon.love ya!