kata owner blog!!

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang. assalamualaikum mujahid dan mujahidah Islam yang tidak teragak-agak membela agama. :) semoga content yang ada tidak melalaikan kalian :) tegur yang mana silap, nasihat yang mana salah. MI dalam proses nak berubah. doa-doakan MI. kita SEISLAM, BERSAUDARA, KIBLAT YANG SAMA.. AGUNGKANLAH ISLAM DI PERSADA DUNIA. :) -lil' maisarah is growing up ;')-

Monday, October 31

pst.. hai awk!

assalamualaikum.

hey kawan. aku nak cakap ni kat hang.. tapi aku tak berani lah nak cakap depan-depan. maksud aku habaq masa chat sebab aku kurang berani. takut nanti hang kata apa pulak... aku ni act macam ustzah apa lah macam bagus sangat! tapi untuk hang jugak.. sebab aku sayang kawan-kawan aku.  erm sebenarnya tak elok lah hang letak gambar tu. hang pun tau kan kenapa?. hang tengok aurat dia bukan hang sorang je yang dapat dosa, dia pun sama sebab izinkan orang lain tengok aurat dia.. kalau boleh tegur-tegurlah sikit kawan hang tu. hang mesti sayang kawan hang jugak kan? answer me!

buat kawan-kawan kelas aku yang sedang menggigit cili padi dan terasa pedasnya, pakai lah tudung. ish2 hampa tu dah besaq bukannya budak darjah dua yang belum tut tut tut.. hahaha. k salam

active balik?!

assalamualaikum..

erm., aku baru saja active balik facebook walaupun aku tak mahu.. sebab? ah sebab aku nak add beberapa budak MRSM Taiping. aku nak tanya kat depa dengan lebih terperinci. (pasai masa depn jangan dok buat main) hehehehe.. aku nak tanya la pasai sekolah tu.. cara diorang belajar.. bahasa asing yang ditawarkan, subjek elektif yang ada and so on.. bila dah dapat result yang aku nak, aku deactive balik FB aku tu..

 nak tau kenapa aku tak mahu online Facebook dah? erm.. sebabnya kan.. facebook tu mengingatkan aku tentang kisah lama, tentang kebodohan aku, buat aku ketagih, habiskan masa aku, menambahkan dosa aku_tengok orang tunjuk aurat terang-terangan, bercouple entah apa-apa, buat status maki hamun orang lain. kadang-kadang aku terbuka aib orang kat kawan-kawan aku (terkutuk). facebook itu merupakan medium yang bagus dalam mengasah bakat aku untuk menjadi hipokrit. hipokrit ou yeah. tak dak kerja pi jadi tukang jaga tepi kain orang. lol bloody sometimes,. 

aku boleh buat buku kalau nak cakap tentang keburukan facebook tapi tak tau lah ada orang nak beli ke tak.. hahaha.. ye la kan, semua dok agung-agungkan facebook.. mana boleh terima keburukannya, ye tak? tapi aku rasa ada_ apa hal lah maisarah ni?!

oit.oit.oit

aku dok online facebook sekarang dan aku sedang menelan tohmahan yang sememangnya pahit. + ditemu ramah. famaous kut? hehehe apa-apa je lah.. peace

wey2.. nanti bila aku dapatlah mrsm taiping tu kan.. (insyaAllah) aku pi! aku takkan lupa sekolah kluster yang terKiut yakni smksb.. haha.. bombastik dak ayat aku?
 "AYAH, ANUM MENGANDUNG.. WEEHUU" hahaha.. (tiba-tiba teringat cerita tu)

k lah.. daa

Sunday, October 30

semua aku nak

assalamualaikum..

kat sekolah tadi aku dengar ayuni cakap dia nak ambil tasawur.. hehehe.. jadi.. jadi.. aku pun teringin lah jugak. hahaha.. semua aku nak. aku baru tanya pendapat sorang kawan baek aku, dia kata tasawur tu macam pendidikan Islam juga.. 

"xla pening sgt.. mcm p.islam ja... tpi tntng sjrh islam.. xbaca buku pn bleyh score la..."

tapi masalahnya.. yang mengajar tasawur kat sekolah aku cuma ustazah asna. aku pun tak tau kenapa. ustazah ada masa ka nak mengajar ek? dah la ustazah asna mengajar dua sesi.. mau tak penat. kalau tak ambil tasawur memang boleh.. sebab aku dah pilih prinsip perakaunan sebagai subjek elektif. tapi aku macam tertarik pula dengan tasawur islam. macam best.. cecece.. :P

sat lagi sapa ka pulak cerita pasai subjek lain.. aku mesti teringin nak belajar sekali.. unik x aku? hahaha.. dah aku suka nak buat macam mana.. kalau tak boleh pi, aku boleh drop.. tapi seboleh-bolehnya aku tak mau la drop.. sayang..

tu saja kut.. tata,, assalam

kepada orang yang suka menyampuk...



Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

sweet tips for you

boring di dalam lif? nah aku cilok tips ni...


1. Ketika anda hanya berdua dgn org yg tak dikenali, cuit bahunya..! kemudian b'pura2 melihat ke tempat lain..

2. buat muka m'gerang kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit
"diam, semuanya diam..!"

3. bawa la kamera & ambil gambar semua org yg ade kat dlm lif tu..

4. pindahkn meja keje anda ke dlm lif.. jika ada yg masuk, tanyakn apakah mereka sudah membuat temujanji...

5. b'pura2 menjadi pramugari..! tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan spt. di dlm kapal terbang..

6. ketika pintu menutup, beri pengumumuan kpd. semua org..
" bertenang, jangan panik.. nanti pasti akan terbuka lagi..."

7. buka la beg tangan anda, sambil melihat ke dlm beg tangan, tanyalah
" eh, cipan...cukup tak udara kat situ..?"

8. diam & jgn bergerak sama sekali di sudut lif.. m'hadap dinding, jgn sesekali keluar..!

9. dengarkn suara kat dinding lif dgn stetoskop...kot2 boleh dgr suara kentut cipan ke....

10. buatla garis d lantai sekeliling anda m'ggunakn kapur..lalu beritahu
" ini adalah wilayah saya....!"

jangan pendam perasaan lama-lama

Aku bertekad nak bagitau perasaan sebenar aku padamu.. “ Aku sangat-sangat dan amat mencintaimu, aku tidak boleh hidup tanpamu”

Yang benar,
Unta.

ayat paling best

I look

at


the stars,








The stars' so


Beautiful..








i look at


you,











i..








i








i think...








i'd better look at the stars again.. hehe..

Saturday, October 29

Y A

assalamualaikum..

wordless speechless.. eqk.. hari ni aku nak feeling2 lagi..

macam-macamlah aku rasa sekarang. first of all. AKU TAK SUKA KALAU "KAU" BACA ENTRY KALI NI. terasa, ambillah.. "kau" tu seseorang yang dekat sangat dengan aku. kami dekat2 sebab memang azali macam tu. yaeh.. k sorry . (-_-"L

seronok punya hal. kihkih..  kalau seronok+malu-malu, aku suka type "kihkih". haha.. pelik lah laki tu.. cara dia tu tak tumpah macam jiran taman aku. kalau muka depa serupa, aku tak tau nak beza macam mana dah. haha. waalaikumussalam. 13novok?! peace _budak kecik pergi main jauh2_

sedih pulak.,> zzzz bukam sudah! aku masih belum transform sepenuhnya. agak susah untuk lalui semua ini dengan suasana yang aku hadapi. arghh.. aku perlukan ayat-ayat yang sopan untuk cuba berbicara dengan beberapa manusia_ untuk STOP CONTACT_ seorang dah berjaya.. aku kata "adik sebenarnya bukan suka pun msj2 ni".. aku senang dengan result dy.. tapi ayat yang aku text ni macam kurang ajar kan? ada x? hmm.. overall, so what?! seorang lagi dah fully stop contact dengan aku. what else can i say. maybe this is the last i can say to you_ you're the best boy friend i've ever had. boy friend tu kawan lelaki, ye tak? i'm not going to mention your name anymore because erm.. i don't know why. baki? harap sangat lepas habis tahun 2011, everything = solved. amin.

:) + :( = life


Langkawi

assalamualaikum..

macam biasa setiap kali deepavali, kami satu keluarga gi makan angin sepoi-sepoi bahasa. bestlah kali ni. kami pi Langkawi. even sekarang aku dah kat Kulim, fikiran aku masih kat Langkawi . mmmuuuah. hehehe

nah, i serve uol these...


aku suka gambar ni sebab aku yang snap!


ini pulau dayang bunting. kalau korang tengok gambar ni korang akan nampak seorang perempuan yang mengandung sedang berbaring.



haha.. ni aku.


the rakyat jelata_family of 9_(abah snap)


aku dengan angah snorkeling! wuu.. time ni tumit aku masuk batu. pedih benor.



tarra.. haha. siru sikit sebab first time.. hehehe. cewah aku kat hujung.


*no description*


makam or should i say kandang mahsuri (makam dan kandang tu sama maksud. tak percaya? tengok kamus dewan bahasa)



blur 


helang di pulau singa besar


penyambut tetamu yang sedap! haha.. beware of monkeys. they love your bags/plastic bags/you


saja2


k// :)

Wednesday, October 19

go girl go!

dua maksud, maju girl, maju.. blah girl. blah..

assalamualaikum
getting well.. ) peace

tadi aku dah tanya miss gooi pasal est dan account

"teacher, account susah tak"
"kamu tanya saya, saya kata senang la.. hahaha"
"hee.. tapi saya tak ada basic teacher dalam account"
"eh, tak pa, tak pa.. dalam account nanti, kami ajar semua balik, don't worry. cuma jangan missed class cukup, u missed u akan susah"
"ouh.."
__ bla3__


beliau lebih syorkan aku ambil account daripada est. 
cuma kalau nak ambil account,  tak boleh tuang kelas dan bagi perhatian. pastu soalan dia 'mati' cuma figure saja yang tukar. faham tak apa aku type ni? soalan account lebih kurang sama. yang lain tu cuma situasi. lagipun sapa-sapa yang ambil account, tak payah ambil sijil apa entah aku lupa dah.. 

pemarkahan EST strict, teacher tu yang kata.

dapat message yang ingin aku sampaikan? aku ambil account. kalau tak faham nanti boleh tanya ezzatul.. hihi

okay lah, sekarang aku nak cerita pasal benda yang jadi kat sekolah tadi....

aku sakit perut sangat. pedih wo! nasib baik aku bawa balm. pastu kami main bola jaring dan aku jadi GS buat pertama kalinya.. depa semua tak mau jadi GS sebab tak tau nak shoot. semua macam tak mau, aku pun tawarkanlah diri.. sebab aku tinggi kut (tak le blah) hahaha. selalu aku jadi C atau WA saja. tak pa lah kan.. cari ja pengalaman jadi GS. iffa jadi GA. seb bekkk. huhu. main3, aku shoot banyak kali gak lah.. happy! :D then hujan. mainan tergendala.. rehat time!!

kami jaga koop.. hihi. syioq sebab dapat minum free lepas tu. kelas biology memang best. dapat cikgu zaina (aku tak tau nama cikgu tu sebenarnya). haha.. sporting habes. tapi kalau dapat cikgu tugimin lagi best kut.. hahaha.. no way aku lawak2 je tu. sat lagi duk gelak ja dalam kelas dia.. aku dah la nak serius masa belajar bio.. peace!!

lagi satu.. aku tak pi KL. meluat cikgu gabung banyak kelas.. better kata rombongan sekolah daripada kata rombongan kelas. zZzZ. kan3?

time nak habis sekolah.. aku tak dak mood. semua sebab sorang kawan ni. menyampah aku. sakit hati tau dak!! malas nak canang.





hehe.. comel tak bunga ni? aku snap sebelum pi sekolah . lambat tunggu semua orang masuk dalam kereta.. zoom meyh kalau anda berani. (hahaha). bunga ni lah yang aku bawa masa science dulu.. cuma yang tu dah layu..


melepas geram kat kertas.. macam biasa! zz.. ayat kasar.. sorry!

assalamualaikum

Monday, October 17

not done with it

assalamualaikum..

semalam aku dah muhasabah diri aku.. mana silap aku sampai aku berubah macam ni? figured it out already. jadi  aku sudah tukar something kat facebook aku. jeng3. perlahan-perlahan aku nak jadi strict. aku nak cuba terus terang kat semua contact fon (lelaki) yang selalu/jarang text dengan aku. kita stop, keyh message2 semua ni. aku nekad weyh.. sorry bebanyak2 sorry. fuhh 

kat sekolah tadi aku dapat zakat.. alhamdulillah, nanti dapat uniform free.. kihkih.. aku terlepas subjek sejarah dan sedikit subjek chemistry.. sedih lor... add math senang kut! senang. senang. senang.. no inverted commas. means that really easy. macam ni lah ckg add math aku suruh praktikkan. selalu fikir positif kat subjek ni. ramai senior kata add math susah giler. aku mana boleh sependapat dengan diorang sebab aku tak lalui lagi pembelajaran add math. chemistry macam best.. > jiwa seorang bakal doktor < jyeah

wey2 pasal 4 pilihan elektif tu.. agak buntu lah.. bidang doktor tak perlukan akaun.. betul kan? Reka cipta pun sama. ict? ada kaitan ker? dunno!! est pula.. errr macam best. aku suka pula reka cipta. akaun out. 
lolololo

nanti aku fikir lainlah.. sebelum tido mesti aku dapat inspirasi punyalahh..

Sunday, October 16

huit2

maisarah says : amboi aih! semua dok mintak kredit aku! banyak cantik! dah la aku cinta kat kredit aku!


pergh.. macam nak pecah kepala aku. duk tahan geram. yea, aku tak dak mood sekarang ni. macam ****************************** 
apakah? entah la wey. ibarat kebodohan

mau saja aku cerita semua kat sini. tapi memang tak boleh . jangan harap. aku tulis2 dlm fon aku saja.. lama2 bila kemarahan aku reda, aku delete lar. kesiannnnnnn kat kau kan, maisarah! so?

mula2 sorang. lepastu sorang lagi. virus kut. aku tak leh tahan dah ni.. satgi aku mencarut gak dalam blog nih.. dia dok cakap lagi benda yang sama...  brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....

semua yang ada dekat aku semua bagi aku meluat. tv cara tv. kakak2 cara depa. ngan masalah fon gilaz. fon tu x gila.. fon tu baby aku.. contact2 dalam fon tu. cam #$%
bukak facebook nampak penyapu.. sesedap ja aku panggil org penyapu. x pa2 at least aku !##$% XD

mission aku banyak yang x habes lagi.. bila lah semua nak settle.. pastu lagi, aku rasa diri aku jauh sangat. aku tengok balik aku.. jauh beza dengan yang dulu.. aku rindu maisarah..  wuuwuuuwuwuu..  paling sedih sebab ni. jadi aku perlahan-lahan nak jadi maisarah yang dulu. :'(

aku tau diri aku ni macam mana.. aku tak salahkan orang lain aku jadi macam ni.. banyak dah salah aku #@#$.. haizzz

salam

Saturday, October 15

monolog dalaman seorang maisarah

assalamualaikum..

highlight keyh?! aku nak buat kelainan sikit.. kihkih

aku kalau apa-apa pun.. memang aku suka cakap sorang2.. takde maknanya aku nak pi cerita kat orang lain kecuali besties aku.. tak pun aku luahkan kat blog aku. ouh i loike.. so aku nak monolog puas2 kat sini sampai lebam..  korang tak payah lah nak faham. aku memang macam niy. peace!!

.mau tau ar wey.. aku "syioq" lah hg dk wt cmni
.hg tu penyapu
.oke i'm weird. a little bit weird
.tapi dalam bnyk2 kepelikan aku, hg paling trok. sbb? sebab hg penyapu
. laughing. hahahahahhahahahahahahhahahha.. pastu syioq?!
.apa hal dok hntar chat ni. p la sapu sampah!
.argh rasa macam nak restart semua
.tapi x boleh doe.. sadis beb
.hey gugurl is not in mood
.abg bru hntr msj meletihkan.. hahaha.. "abg" eqk? what ever
..u i u i u i.. chat la aku hang kan better
.selera makan aku kurang lah lani.. nooo! nanti semakin kurus. 
. aku pokai sekarang ni.. mana nak cari duet ni.. (bank la)
..woi apa woi2.. jgn mnta nombor fon aku.. 
.nanti hampa saket hati aku x tau..
. luv you
.biggest word i can say to you. sialan. seh.. sorry
.. nak mintak tolong aku, straight to the point lah wey. dok bodek kaw2 lak..
..cakap gila punya laju. kalah kapai terbang uh. dah la cakap ala2 kl.. mau dak org selangor.. aiyoo
.updatting entry gila ni almost every day! :P

telur rebus

Citer dari kawan aku Aku dapat citer nie dari kawan aku... cam nie citer dia... Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah.. Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!.

nak tahu tapi malu bertanya

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol : Bang harga durian ini berapa?

Org Asli : yang ini.. sepopit sebiji

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba
menawarinya..

Samdol : Bang.. Boleh kurang sikit tak?

Orang Asli : Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : Lahupa.. boleh ya!

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : Lahupa itu berapa?

Samdol : Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?

siapa tak minat boleh keluar

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu

Friday, October 14

p / s

perhatian! entry kali ini agak panjang

assalamualaikum..

ehem.. memandangkan aku sudahpun 16 tahun, aku kenalah pilih subjek form 4 ye tak? yang 4 pilihan tu.. aku tak tau nak ambil apa?! RC? EST? ICT? Account? yang akaun tu tak list pun takpa.. memang aku takkan ambil punya! :) haha.. aku tak suka apa-apa yang berkaitan dengan perdagangan


fizik kimia  addmaths wajib.. biologi tu tak.. tpi ckgu kata tak sure lagi tahun depan pelajar SMKSB kena ambil 10 subjek atau dikekalkan dengan 9 subjek... arh sepuluh ka sembilan ka.. bio memang aku kena ambil pun.. aku kan doktor a.k.a doctor.. hihi insyaAllah.. balik pda 4 subjek elektif tu..

reka cipta? memang aku minat sangat2. cikgu Ebi kata subjek ni beban kurang sebab 50% ja dari exam . markah yang lain diambil daripada projek dan folio.. kalau terror reka cipta peluang nak jdi arkitek cerah.. aku suka gak jdi arkitek.. huhu.. tu cita-cita masa aku kecil .. peace!! gaji pun lumayan.. $$$. tu aku mau dengar.. tak dak aih.. jangan fikir aku belajar nak jadi arkitek sebab nak duit pula.. no no no, keyh? sebab minat aku yang mendalam kepada kesenian.. apa yang membantutkan aku untuk pilih rekacipta adalah bukan semua MRSM yang menawarkan subjek ni.. sedeyh lar.. buat MRSM idaman aku tak de.. kena drop subjek tu.. tak nak lah.. aku ingat nanti nak tanya MRSM Taiping pasal ni..

oke
1. berdiri
2.renggangkan badan
3. duduk semula
4. teruskan membaca

english science technology pula... kena banyak tahu pasal dunia luar.. bukan dok terperap dalam rumah hafal buku teks.. by the way, subjek elektif ni tak ada buku teks. jangan pi cari pula kat kedai azfa / arfa.. kalau jumpa tu, aku no comment arh! hahaha. dengar cerita masih dikekalkan bahasa melayu.. tapi rugilah kalau aku ambil subjek ni.. buatnya ditukarkan kepada bahasa inggeris? fikir sendiri keyh? kelebihan EST . kita akan belajar berdasarkan themes.. semua ada 9 themes.. terserah kepada cikgu nak ajar apa.. kan buku teks tak da, tak ada lah silibus.. kan3? pastu dalam subjek ni ada unsur-unsur matapelajaran fizik kimia  dan bio.. boleh buat ulangkaji.. serampang banyak mata!!

ha! menguap dah? tu la.. aku dah kata entry ni panjang lebaq

ICT? kihkih.. tau kan sapa yang mengajar kita wahai pelajar badlishah.. dua2 cikgu tu lawak.. aku takut kalau-kalau aku tak boleh fokus ja bila cikgu hishamudin/ cikgu khairulnizam duk ajar... aku bukan boleh sangat orang duk buat lawak ni. satgi aku gelak sampai habis kelas.. hahaha.. subjek ni dalam bahasa inggeris. insyaAllah aku boleh pi dalam bahasa inggeris.. tapi pasal komputer2 ni aku bukan tau sangat (sebab tu la kena ambil, kak oii) cikgu hishamudin kata susah nak skor pilihan ni.. cikgu kata, badlishah ranking nombor 1 dalam ICT.. arr.. nak percaya ke tak? hahaha.. oke lah, aku percaya! abah dan ibu pun syorkan aku ambil subjek ni.. sebabnya.. kedepan hari ICT  akan menjadi subjek yang sangat penting. aku ingat lagi cikgu zaini pernah kata.. kemungkinan tahun depan akan ada ICT dalam silibus kemahiran hidup bersepadu untuk form 1,2 and 3.. hehehe.. seb bek tahun depan...

akaun aku tak mau cerita panjang. sapa-sapa yang suka akaun, sila buat entry tentang akaun dalam blog anda sendiri yer.. 

jadi aku kena fikir masak-masak sampai hangit pasal ni.. k.. assalamualaikum

dah pi tidoq! ngantuk dah la tu.. :)


kepulunan terselit dicelah entry. hahaha


 perhatian! anda sedang melihat cermin

Thursday, October 13

macam mana entah?!

assalamualaikum...

baru ja buka facebook.. tengok kat home kan.. budak-budak zaman sekarang ni amatlah "stylo". cewah bukan main lagi buat status cintun..and many more.. nak tergelak aku baca..

wyeh ckp ngan ilham aq cka dy. aq x pernah couple ngan org lain kecuali ilham.....
i ♥ nurilham > ayat budak darjah empat



mCm tUh keR kwAn reMOv Kwn SnDiRy. .oK X dew mSAlah LH. ..inGt aq EraN snAt, .seJhat2 Aq semArA2 Aq kt Ko x pEna Aq wAt mCm Uh. . > yang ni pula ayat orang besar tapi macam tak tau mengeja ja... hihi


buhsan2 > yang ini satu kepala dengan yang atas tadi



jom wat relationship jom hnye sje2x jew nk x?????????? > ni entah apa-apa

Any man who can drive safely while kissing a pretty girl is simply not giving the kiss the attention it deserves.
Albert Einstein > ayat m.dineish yang sedang dilamun cinta kut.. kihkih

sayang ag selama nya ! ;D > ada lagi

saia suka awak . tapi saia tak0d nux luahkan perasaan saia at awk . ;D HAHAHA . saia harap awk mcm tuh jgk . ^________^ #sayangawkselalu# ~just kidding~ -.- > "budak baru belajar bahasa melayu macam ni lah!!

jeles kowt tengok kawankawan aku buat date dekat skola tadii , sabar jelah :/
#bilabolehdatedengandiaa# > jeles? mak ai!! kalau aku tengok orang date kat sekolah, aku macam nak buat renungan tajam yang menakutkan. adakah anda jeles melihat orang yang membuat kemungkaran? 

‎: saya xkesah klu xdow org nk chat dgn saya. ..tapii saya cuma harap awak tego saya :) saya riindu awak :) > acecece

Weyyy sedia rokok kt masjid mhahaha... > okay, ini adalah bangsat! sorry tau

‎~¤@¤~Biar Sejuk Mata Memandang Tidak Hati Membahang
~¤@¤~Biar Cantik Akhlak Di Pandang Tidak Sexy Bertelanjang
~¤@¤~Biar Rupa Tak Di Pandang Asal Cantik Hati Di Pandang
~¤@¤~Biar Semua Orang Tak Mahu Pandang Asal Orang Jgn Jatuh Teransang
~¤@¤~Takut-Takut Tergolong Dalam Neraka Jahannam....
~¤@¤~Biarlah Apa Orang Nak Bilang
~¤@¤~Asal Diri Tahu Di Mana Letaknya Diri Di Mata Tuhan > ini terbaik

boy : "awak nak tahu sesuatu tak?"
girl : "ape dia awak?"
boy : "setiap kali saya pandang awak tanpa bertudung, selangkah ibu bapa awak menghampiri neraka tau..itu baru saya, kalau campur ngn budak laki kelas awak, budak lelaki jiran-jiran awak..dengan masyarakat...agak2 la kan, mampu ke ibu bapa awak masuk syurga eh?"
girl : "hurmmm..,saya mintak maaf awak..lepas nih saya akan pakai tudung dan tutup aurat saya"
boy : "awak jgn mintak maaf dengan sy...tp dengan ibu bapa awak dan Allah kerana tidak menjaga aurat"
girl : "baik awak"
boy : "haaaa..macam tu la anak solehah...sejuk perut mak awak mengandungkan awak tau..:D" > ini pun sama, terbaik!!

‎"kuruihh.. x nmpak macam budak tingkatan tiga pun"
eqk? so what? > status ni macam nak tunjukkan kemarahan.. ceyh! 

‎"uda, uda bagi gemok sikit jea..." > dia tak puas  hati lagi

‎"ha.. tunggu form 5 dulu kut ?!"
apa kena mengena form 5 dengan gemok > hahaha.. what ever

and last but no least.. comment ni bagi aku gelak.. hehehe


Syam Piece :
air mata aq keluar psal pe
cuba teka
:D
 about an hour ago · 

  • Syam Piece and 2 others like this.
    • Nur Aishah ‎Weyh, gila ka ?
      about an hour ago ·
    • Atin Si Comotmot bup mk ag x bg susu..hahhaaha
      35 minutes ago · 1 person
    • Atin Si Comotmot heyy..suniza btoy x
      25 minutes ago 



losing the love

assalamualaikum..

di saat kita sedang berseronok ni., ada orang yang bersedih.. nazmin.. aku tau berat untuk hang telan kenangan bersama orang yang sgt syg.. tapi fitrah hidup, yang hidup akan pergi jua.. takde yang kekal kecuali Allah.
yakin yang kita akan berhimpun juga nanti bersama mereka yang bertakwa.. nun di tempat yang kekal abadi..

aku ni cakap senang kan? kadang-kadang aku terfikir juga macam mana hidup aku tanpa orang yang aku sangat-sangat sayang dunia sampai akhirat.. sampai hujung nyawa aku sekalipun aku sayang orang-orang tu.. kat mana lagi aku nak berharap.. sampai aku menangis fikir masa depan aku...

then aku stop. bersalah gak fikir macam tu.. orang yang masih sihat wala'fiat aku dok andaikan mcm lain.. jadi aku harap dan berdoa yang mana masih hidup.. dipanjangkan umur dan hidup dalam keberkatan Allah.. nanti bila tiba masa pun, kita masih dalam keredaanNya.. insyaAllah...

Tuesday, October 11

pengakuan jujur pulak dah

hey you, smelly
tak kesah ler "hang" masuk ke tak blog aku ni.. nih wey, aku sebenaqnya meluat+muak dah dgn perangai hang.

: aku tak mau la jumpak hg.. aku pon tak mau bagi gambaq kat hg. susah tau dak cqita kat hg sebab aku tak biasa cqita apa2 kat budak laki ngan orang yang tak ngam ngan aku.. hang janganla dok suka suki kat aku.. aku ni pelik! (public kut kt cni nak habaq dengan lebih lanjut). kta semua ada sixth sense kan? well aku rasa hang ni bukan jenis yang boleh dipercayai.. sorry to say friend.. aku lebih percaya diri aku daripada diri hang.. aku tak akan langgar janji aku dengan diri aku.. aku xkan bagi gmbaq aku dah kat sapa2 termasuk hg. walau lama mna pun hg mnta, kesian macam mana pun ayat hang, aku tetap dengan pendirian aku, kwan! so that's it. up to you lah nak benci aku ke tak nak. i stated everything in here. hope that you read this.. :))

btw faiz helmi,, huhu lupakan je lah noh pasai tadi.. aku pon nak minta maaf kat hang... over feeling lah pulak..  hang xyah lah nk rasa bersalah ka apa.. aku, bila aku kata lupakan.. aku memang akan lupakan.. semua kekhilafan telahpun dimaafkan.. wuu.....

sekarang akhir zaman


assalamualaikum saudara seumatku.. ambilah masamu sedikit untuk membaca...


Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. 

Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.  

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).
TAMAT

i ' m b a c k

assalamualaikum

wey2..

hey aku kembali..

actually aku tiap-tiap hari buka blog niy.. tapi tak de idea lah semenjak habes pmr ni.. nak buat entry baru pon xde semangat. so dreary! bagi aku lah kan.. hbes pmr ni, aku dah start tahun baru.so hey i'm 16!
aku sudahpun lekat misi aku kat pintu bilik.. tiap-tiap hari aku baca azam aku tu.. dan cuba untuk merealisasikannya.. huh.. give me a big clap, babeh.. hehe


+ satu daripada misi tu sudah pun aku jayakan.. apa eqk? boh plastic cover kat screen fon aku.. my newborn baby phone.. wakaka.. hubby lubby fon seken hand.. kihkih :) apa-apa je lah.. yang pasti fon yang aku idam-idamkan dah ada dalam tangan aku.. n8 tomey-tomey.. alahai aksyen sikit kat sini.. puiyh!

antara misi lain..

*dapat 8a dalam pmr
*masuk mrsm taiping
*cat bilik kaler biru
*beli novel bi dan bm banyak2
*some image changes
*decorate bilik
*wakaf meja kat surau
*belajar subjek-subjek form 4

insyaAllah semua ni akan dijayakan.. doa-doakan lah yer.. kite out dulu..

hehe.. ala2 kl plak!
assalam
hey babeh. hehe . thanks for reading . new post : coming soon.love ya!