kata owner blog!!

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang. assalamualaikum mujahid dan mujahidah Islam yang tidak teragak-agak membela agama. :) semoga content yang ada tidak melalaikan kalian :) tegur yang mana silap, nasihat yang mana salah. MI dalam proses nak berubah. doa-doakan MI. kita SEISLAM, BERSAUDARA, KIBLAT YANG SAMA.. AGUNGKANLAH ISLAM DI PERSADA DUNIA. :) -lil' maisarah is growing up ;')-

Friday, January 20

M.F.U

aku tak mau cerita kat sini link antara kisah aku dan title post aku kali ni. terlalu perit untuk dikongsi umum. untuk pengetahuan hampa semua, aku ada banyak blog tapi tak da lah banyak sangat. 2 saja. aku cerita banyak kat situ sebab aku rasa tenang kalau aku luahkan apa yang ada dalam benak aku kat seseorang atau sesuatu. dan.. aku tak biasa cerita problems aku kat orang kecuali yang aku betul-betul percaya. lagi satu.. kalau hampa semua betul-betul kenal aku, aku jenis yang suka berahsia. macam.. hal-hal yang terlalu sensitif dan private lah. pernah hampa tengok aku buka cerita 'pribadi' kat sapa-sapa yang aku jumpa..? memanglah kan, nak jumpa orang yang macam ni pun susah. tapi ada sesetengah orang yang cakap ikut dan ja. ada orang yang suka korek rahsia untuk dijadikan bahan gosip. tu lah.. rambut sama hitam, hati lain-lain. nasihat aku kat sini, jagalah percakapan anda dan berhati-hati semasa bertutur.

aku dah keputusan yang matang. aku akan pergi ke MRSM Pengkalan Hulu. sama ada berteman atau tidak.. faktor tarikan dan tolakan sangat kuat mendorong aku ke sana. jadi, semoga kita ada jodoh pertemuan yang panjang, kawan-kawan. walaupun aku masih di Kedah, aku sedih sangat nak memikirkan perpisahan ini. aku kena tinggalkan banyak benda yang aku sayang. kalau aku tak pergi sekarang pun, sampai masa nanti, aku terpaksa tinggalkan juga 'harta' ni. ya, demi aspirasi yang nyata. sedihnya. semalam aku emo betul dalam bilik. hukhukhuk. 

hm.. tak da mood nak berceloteh panjang. nanti aku bising lagi kat sini. chiow!

0 komen:

hey babeh. hehe . thanks for reading . new post : coming soon.love ya!