kata owner blog!!

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang. assalamualaikum mujahid dan mujahidah Islam yang tidak teragak-agak membela agama. :) semoga content yang ada tidak melalaikan kalian :) tegur yang mana silap, nasihat yang mana salah. MI dalam proses nak berubah. doa-doakan MI. kita SEISLAM, BERSAUDARA, KIBLAT YANG SAMA.. AGUNGKANLAH ISLAM DI PERSADA DUNIA. :) -lil' maisarah is growing up ;')-

Saturday, September 10

isk isk

assalamualaikum.. 

nanti aku nak beli fon lain. hehehe.. insyaAllah lepas PMR dapat lah. fon aku yang sekarang ni bukan apa,, kamera tak clear.. 
isk isk. jadi aku nak kumpul duit dulu.. trying my best!! kalau tak cukup duit, aku akan pinjam duit Abah dulu. lepas tu aku akan bayar balik walaupun Abah tak mau sekalipun. by hook or by crook i'll force Abah to accept it. aku ingat nak beli brand Nokia juga. sekarang ni aku sedang menjalankan 'survey' . cari maklumat yang terperinci. benda first yang aku perlu tahu 
- harga fon tu - 
ouh.. haruslah!! benda yang berkait rapat dengan duit aku, aku memang teliti. hexhex... 
tapi aku bukan kedekut, jangan salah faham tau. benda-benda macam fon, kamera, laptop dll kan kurang berfaedah, jadi aku kenalah fikir dua kali nak beli. memandangkan aku nak sangat fon, aku memang akan beli, insyaAllah.. 
duit untuk belanja makan, pelajaran semua tu, mintalah kat aku, aku boleh bagi kalau aku mampu. aku bukan bakhil/kikir/kedekut.. huhuhu..

tadi aku bagi tahu Abah dan Ibu. mula-mula depa diam. ouh aku tau apa maksudnya. tapi aku ni bagus dalam bab-bab memujuk. bring it on, babeh. hehehe. ibu kata, bagi dapat 8A dulu. ibu memang macam tegas sikit.. abah lak tanya dulu

"fon yang lama tu kan ada?"
-"memanglah ada, tapi kamera dia tak clear..."
"fon apa adik nak"
-"hee.. fon nokia gak, screen dia besar n kamera dia clear"
"bila nak pakai"
-"adik nak bawa pi KL nanti.. lepas pmr, abah. boleh dak?"
"hm..."
-"boleh, dak, abah"
"bolehlah"
-"hehehehehehehe.. adik pinjam duit abah dulu, nanti adik bayar balik, tau?! MASSEYHH!!"

hahaha.. amacam? cikgu Norul Azwan kata, kalau kita nak sesuatu.. kita kena set dalam fikiran. fikir yang kita akan dapat benda tu. memang kita akan dapat dengan izin Allah..

aku pernah try. positive result der. masa tu aku ada kat dapur. aku fikir.. 
'bila aku masuk dalam bilik, fon aku tengah vibrate-seseorang hantar mesej kat aku-'
dok kata pa dah. memang fon aku tengah vibrate. aku lupa dah siapa yang send.

terserah korang nak percaya ke tak.. aku tak tipu.. huhuhu. 


what you have to do is believe in yourself.



benda simple yang korang boleh cuba.. set dalam minda pukul berapa korang nak bangun. tapi jangan pula ragu-ragu... nanti tak menjadi..

k. selamat mencuba. aku kena tutup laptop.

by the way, aku tak akan online kat facebook sampai habis pmr. itu janji aku pada diri sendiri.. dan aku tak akan top-up fon aku sampai habis pmr juga.. unless ada orang yang nk tolong top-up tu, lain cerita lah. hehe.. gurau jer, simpanlah duit aku tak minta pun di-top-up-kan. 

assalamualaikum.. jumpa lagi, k!!

0 komen:

hey babeh. hehe . thanks for reading . new post : coming soon.love ya!