kata owner blog!!

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang. assalamualaikum mujahid dan mujahidah Islam yang tidak teragak-agak membela agama. :) semoga content yang ada tidak melalaikan kalian :) tegur yang mana silap, nasihat yang mana salah. MI dalam proses nak berubah. doa-doakan MI. kita SEISLAM, BERSAUDARA, KIBLAT YANG SAMA.. AGUNGKANLAH ISLAM DI PERSADA DUNIA. :) -lil' maisarah is growing up ;')-

Monday, September 5

RESULT WUU

Assalamualaikum, lama betul aku tak buka blog ni.
Peperiksaan percubaan negeri Kedah dah habis. Nak tahu tak markah aku? Aku mulakan dari mana aku dapat dulu.
B.Inggeris : 84%
Geografi : 77%
Matematik : 89%
Sejarah : 77%
Sains : 81%
Kemahiran Hidup (KT) : 88%
B.Melayu : 85%
Agama : %

bandingkan pula keputusan peperiksaan aku yang lepas:
B.Inggeris : 84%
Geografi : 72%
Matematik : 84%
Sejarah : 68%
Sains : 76%
Kemahiran Hidup (KT) : 82%
 B Melayu : 87%
Agama : 92%
Konklusi? Keputusan peperiksaan aku semakin meningkat. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. Mungkin di luar sana ada yang beranggapan keputusan percubaan PMR tiada apa yang patut dibanggakan. Untuk pengetahuan semua, aku nak melanjutkan pelajaran ke MRSM, insyaAllah. Dengar khabar, pihak MRSM tengok juga keputusan ni. Jadi, tarik balik anggapan anda tadi! Penting bukan? Kepada calon-calon PMR dan SPM, semoga kalian dapat menempuh halangan dan berhasil menjawab soalan peperiksaan yang akan datang. Amin..



ni jawapan karangan aku bahagian C kertas dua subjek Bahasa Melayu. Soalannya; apakah peranan ibu bapa bagi mengatasi masalah ponteng sekolah.

Masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar merupakan isu polemik. Bagi sebuah negara yang sudah merdeka selama 54 tahun, tidak wajarlah kemelut seperti ini masih hangat dibicarakan umum. Hal ini mengizharkan rakyat Malaysia tidak bersyukur dilahirkan di bumi yang sejahtera dan seolah-olah mahu menghidupkan semula negara yang runtuh akhlaknya. Namun begitu, salah siapakah yang menyebabkan masalah ponteng sekolah ini berlaku? Jawapannya, salah semua. Walakin demikian, bukan itu yang mahu dibincangkan. Pokok persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah tersebut?
“Manusia tanpa adab itu buta tetapi manusia tanpa agama itu lumpuh”.  Inilah kata-kata daripada  ahli Fizik tersohor di dunia iaitu Albert Einstein. Beliau menyatakan bahawa penerapan agama amat signifikan serta merupakan cerucuk pembangunan insan. Persis pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, ibu bapa haruslah memberi didikan agama kepada anak-anak dari kecil lagi. Hal ini penting kerana pelajar yang mengamalkan suruhan agama tidak akan terjebak  dengan masalah ponteng sekolah. Bukan itu sahaja, mereka juga senantiasa berdisiplin dan berakhlak mulia.
Selain itu, ibu bapa juga perlu menjadi enithi  mithali kepada anak-anak yang sedang membesar. Fikiran anak-anak yang berada dalam proses membesar suci dan murni. Mereka mudah merakam  apa yang dilakukan oleh kedua-dua orang tua mereka lalu menterjemahkan dalam diri. Misalnya, jika ibu bapa sering bertengkar, kemungkinan besar anak-anak mereka akan terikut-ikut dengan perbuatan seperti itu. Mereka melakukan vandalisme di sekolah. Rentetan itu,tunjuklah teladan yang bagus kepada anak-anak.
Seperti yang diketahui, kasih sayang sangat penting untuk diberikan kepada para pelajar. Ibu bapa tidak harus memandang enteng akan aspek ini. Statistik menunjukkan para pelajar yang ponteng sekolah kebanyakannya kurang mendapat perhatian dan kasih sayang keluarga. Oleh itu, ibu bapa janganlah terlalu memikirkan soal kewangan. Luangkanlah masa bersama anak-anak serta hindari sikap pilih kasih. Jika nilai kasih sayang dipraktikkan dalam rumah tangga, masalah disiplin seperti ponteng sekolah dapat diatasi.
Akhir kalam, peranan ibu bapa sangat dominan dalam membentuk sahsiah pelajar atau anak-anak. Para pelajar yang cemerlang akan menjana pendapatan negara serta menjulang nama baik ibu bapa juga. Sebagai ibu bapa, mereka perlu mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berakhlak mulia. Sebagai seorang pelajar pula,  kita tidak boleh menjadikan masalah ponteng sekolah sebagai petualang untuk memajukan negara tercinta. Kita harus sedar akan tanggungjawab yang sedang kita pikul. Percayalah, suatu hari nanti Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama negara-negara maju yang lain atas kewibawaan dan sikap disiplin kita.

Bahagian C.Cikgu Mahpudzah bagi: 35/40 J
Bahagian A(i) ringkasan: 19/20 J
Bahagian A(ii) pemahaman: 8/10 J
Bahagian B karangan berdasarkan bahan ransangan: 16/20 J
Bahagian D novel Merdeka! Merdeka: 10/10 J
                                   
                                                        

0 komen:

hey babeh. hehe . thanks for reading . new post : coming soon.love ya!