kata owner blog!!

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang. assalamualaikum mujahid dan mujahidah Islam yang tidak teragak-agak membela agama. :) semoga content yang ada tidak melalaikan kalian :) tegur yang mana silap, nasihat yang mana salah. MI dalam proses nak berubah. doa-doakan MI. kita SEISLAM, BERSAUDARA, KIBLAT YANG SAMA.. AGUNGKANLAH ISLAM DI PERSADA DUNIA. :) -lil' maisarah is growing up ;')-

Thursday, August 11

no title

assalamualaikum dan salam sejahtera. today i would like to share something that might be useful to all of you!!

Pihak SMK Sultan Badlishah telah melancarkan 'Pelancaran 8A PMR' pada 24 Julai 2011.semua pelajar tingkatan tiga diwajibkan hadir.antara intipati program tersebut ialah pelajar-pelajar tingkatan tiga didedahkan tips-tips mengahadapi peperiksaan.

"result trial penting . jangan dapat gred C dalam subjek Matematik dan Sains"


  1. jangan buang masa. buat jadual belajar merangkumi 1 subjek dalam 1 hari.
  2. tahu subjek yang paling anda lemah dan tingkatkan pemahaman dalam subjek-subjek tersebut.
  3. buat banyak latihan supaya anda akan terbiasa dengan soalan-soalan peperiksaan sebenar.
  4. tumpukan perhatian sepenuhnya apabila guru sedang mengajar di depan.
  5. fahami satu per satu apa yang diterangkan oleh guru dan jangan bersembang dengan rakan-rakan.
  6. jika anda malu bertanya dengan guru, tanyalah kawan anda.
  7. siapkan tugasan yang diberi oleh guru
  8. hadiri kelas tambahan
  9. catatkan apa-apa nota kerana potensi untuk mengingat nota tersebut adalah tinggi.
  10. suasana pembelajaran anda sangat memainkan peranan. baca di tempat yang sunyi,bersih dan wangi.
  1. minta maaf dengan segera jika anda ada melakukan kesalahan dengan seseorang terutamanya guru-guru, ibu bapa dan sahabat. ilmu yang anda peroleh akan diberkati.
  2. rajin baca Al Quran paling minimum satu ayat dalam satu hari dan tunaikan solat sunat tahajjud.
  3. berdoa pada bila-bila masa terutamnya pada waktu yang mustajab seperti antara azan dan iqomah,1/3 malam, semasa hujan dan banyak lagi.
  4. 2 minggu sebelum peperiksaan, pastikan anda sudah bersedia segala-galanya.
  5. jaga kesihatan anda.
  6. jangan sesekali putus asa jika anda gagal. usaha sepenuhnya dan bertawakkal kepada Allah.
  7. adalah lebih baik jika anda tahu banyak kosa kata yang menarik dan peribahasa.
  8. rujuk buku teks semasa membuat latihan sejarah.
  9. jangan bertangguh kerana bertangguh itu pencuri masa.
itu sahaja yang sempat disalin.
ingat! 
-jika orang lain mampu berjaya, mengapa tidak anda?
-orang dapat A ialah orang yang berhak dapat A.
-diri kita yang mengubah untuk berjaya, bukan orang lain.


0 komen:

hey babeh. hehe . thanks for reading . new post : coming soon.love ya!